Wednesday 5 March 2014

Kill Bill- Film Review (VOL 1)

Film Review Kill Bill


Filem ini menceritakan bagaimana seorang gadis yang ingin membalas dendam kepada sekumpulan pembunuh yang dikenali sebagai “The Deadly Assasination Squad” (TDAS). Yang menjadikan gadis tersebut berdendam kerana anak yang dikandung itu tidak dapat diselamatkan dan terbunuh ditempat kejadian. TDSA  tidak menyedari bahawa gadis tersebut terselamat daripada cubaan membunuh itu. Selama dua tahun gadis tersebut koma. Lantaran daripada mengetahui the bride masih hidup ketua TDAS mengetahui bahawa The Bride masih lagi hidup dan mengarahkan salah seorang daripadanya untuk membunuh akan tetapi ia membatalkan hasrat tersebut. the bride akhirnya tersedar daripada koma dan disitulah bermulanya misi membalas dendam dan memburu ahli-ahli TDAS.  Lakonan hebat ini dilakonkan oleh  Uma Thurman sebagai watak utama iaitu 'The Bride',  Vernita Green lakonan Vivica A. Fox, Elle Driver(Daryl Hannah), O-ren Ishii(Lucy Liu), Sofie Fatale (Julie Dreyfus), dan Gogo Yubari (Chiaki Kuriyama. Yang menariknya filem ini adalah ia mengabungkan elemen kartun sebagai jalan penceritaan tambahan.   




Filem ini membuatkan penonton tertanya-tanya mengapa the bride membunuh ahli TDAS. Secara keseluruhan cerita ini menceritakan bagaimana gadis tersebut, Uma Thurman (watak utama) mencari seorang demi seorang yang terlibat dalam kejadian pembunuhannya itu. Kisah yang paling tragis apabila dia telah membunuh Vernita Green (Copperhead) di hadapan anaknya. Keadaan pembunuhan ini di teruskan dengan pencarian Hattori Sanzao di Okinawa, seorang pembuat pedang samurai yang terkemuka di jepun. Pemaparan seni mempertahankan diri jepun dan barat menjadikan cerita ini lebih menarik. 







Senjata utama yang digunakan oleh the bride ialah pedang samurai, dan yang mengujakannya apabila the bride ini mempunyai kemahiran yang khusus dalam seni mempertahankan diri jepun. Kemuncak dalam cerita ini apabila dia cuba mengesan O-ren Ishii salah seorang ahli TDAS juga ketua mafia yang paling kejam dan ditakuti di jepun.




Klimaks filem ini adalah berlaku dimana, the bride berjaya mengesan o-ren ishii di sebuah pusat hiburan dan berlakunya kejadian petempuran darah yang sangat tragis sehingga menyebabkan kesemua pengikut o-ren shiii mati. Bayangkan apabila the bride di kelilingi berpuluh-puluh pengikut o-ren shii yang ingin membunuhnya akan tetapi ia berjaya juga mengalahkan semua daripada mereka. Seterusnya tiba masa the bride berlawan dengan o-ren shii dan akhirnya kemenangan itu berpihak kepada watak utama dalam filem ini.



Watak the bride ini dilakonkan dengan berkesan dan terkesan dengan segala bentuk lakonan yang di lakonkan oleh uma thurman. selain daripada itu, filem ini banyak menggunakan teknik penceritaan flash back untuk memberi kefahaman kepada audien apa yang berlaku di sebalik peristiwa pembunuhan yang dilakukan oleh the bride. Jalan cerita filem ini amat mengujakan, dimana apabila pemulaan ceritanya dimulakan dengan scene yang amat kejam iaitu seorang lelaki telah membunuh seorang gadis. gaya sebegini berjaya membuatkan audien untuk terus menonton filem ini dalam keadaan tertanya-tanya. Mempamerkan budaya barat serta budaya jepun menjadikan filem ini menarik. Pemaparan imej sedemikian membolehkan audien mempelajari tentang budaya luar yang cuba di paparkan melalui kemahiran menonton yang dimiliki oleh mereka.

Secara kesimpulannya cerita ini penuh dengan pemaparan yang ganas dan agak kurang sesuai jika dipertontonkan kepada golongan kanak-kanak. Namun jalan ceritanya agak menarik kerana ia menggunakan cara penyampaian cerita yang berbeza dengan filem-filem yang tersedia ada kerana menggabungkan elemen komik di dalam filem ini. Filem ini tidak berakhir disitu sahaja, kerana misi memburu ahli TDAS masih belum selesai, dan misi ini diteruskan di filem kill bill vol.2

Selamat menonton semua!.

Sedikit berkenaan filem kill bill part versi cartoon.


No comments:

Post a Comment