Friday 14 March 2014

Director Jounal (Week 4)

Kuliah untuk kali ini adalah lebih kepada pengurusan kewangan untuk sesebuah produksi. Ini merupakan aspek yang paling penting di dalam proses pembikinan filem. Hal ini kerana, jika pengurusan kewangan tidak dilakukan dengan baik dan teratur ia akan memberi implikasi yang buruk kepada penghasilan filem. Sebagai pengurusan kewangan yang baik, kita hendaklah membuat perancangan yang baik supaya bajet untuk pembuatan filem tidak tersasar daripada nilai yang telah ditetapkan. kebanyakan filem yang tidak dapat disiapkan adalah kerana pengurusan kewangan yang kurang memberangsangkan. Maka kerja-kerja pembikinan filem akan terganggu kerana kekurangan modal. Kami juga diberi pendedahan kepada agensi-agensi yang memberi suntikkan modal kepada pembikin baru filem untuk mengetengahkan idea-idea baru untuk menggalakkan lagi penghasilan filem dalam kalangan pembikin filem.

Malam production meeting, kami telah membuat bajet untuk produksi kumpulan kami dan kami membuat dengan penuh penelitian berkenaan keluar masuk wang dalam produksi advertisment cakepops. Shuhada selaku PM produksi kami, telah merangka bajet keseluruhan untuk kumpulan produksi kami. Memandangkan kumpulan kami akan mengadakan penggambaran di melaka bersama kumpulan produksi video promo kami telah merancang bajet penginapan bersama.  sesudah merangka bajet untuk produksi kami, kami membincangkan tentang gerak kerja yang berlangsung dan semua krew melaporkan gerak kerja mereka kepada saya. Terdapat perubahan sedikit berkenaan pelakon utama untuk produksi ini telah ditukar kepada krew kami sendiri iaitu Poon Mei zi (Gadis remaja), dan budak lelaki masih sama iaitu adik Syazwan.

Storyboard telah dilukis oleh chris dan dia sedang melukiskan storyboard berdasarkan shooting script yang telah dihasilkan. Oleh itu kerja kami untuk masa terdekat adalah kami perlu membuat persediaan yang rapi untuk reheasal shooting pada 28/3/14 yang akan berlangsung di Taman Tasik jaya (sebelah Amcorp Mall). Seterusnya, PM dikehendaki menghasilkan surat menyurat untuk di guna pakai di dalam produksi ini antara suratnya ialah surat kebenaran untuk mengadakan pengambaran di lokasi, surat meminjam peralatan, surat untuk pelakon dan sebagainya. itu saja yang kami lakukan untuk minggu ini dan segala gerak kerja yang telah diberikan akan dilaporkan untuk minggu seterusnya.

Sekian sahaja untuk cerita minggu ini, Assalamualaikum.. 



No comments:

Post a Comment