Saturday 22 March 2014

Dark Skies - Film Review



1. Sila rumuskan dalam satu perenggan, tentang plot cerita the Dark Skies.
Dark skies merupakan arahan daripada Scott Stewart. Genre filem sains feksyen yang menggunakan elemen-elemen panoramal yang mampu menghantui fikiran penonton. Menariknya filem ini banyak menggunakan elemen-elemen panoramal yang sedikit tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Antara pelakon utama filem ini adalah  Daniel Barrett (Josh Hamilton) , Lucy (Keri Russell), Dakota Goyo (Jesse Barrett), dan Kadan Rockett (Sam Barrett).



        Filem ini menceritakan menceritakan tentang perkara-perkara aneh yang berlaku kepada satu keluarga. Antara perkara aneh yang berlaku ialah seperti setiap kali Lucy terjaga daripada tidur dia menuju ke ruang dapur dan mendapati peti sejuk beliau bersepah seperti dicerobohi oleh manusia. Kedua perkara yang aneh juga turut berlaku apabila anak mereka jesse yang kerap kali berjalan tanpa sedar di waktu malam menuju ke luar halaman rumah seorang diri dalam keadaan separuh sedar. Yang menjadikan cabaran kepada filem ini adalah untuk membina setting lokasi utama iaitu sebuah rumah yang menjadi tempat kejadian aneh berlaku.

But soon they’re starting to have other problems. Very, very gradually, strange things are starting to happen around the house. Things like all the photographs in the living room being removed from their frames, and the kitchen furniture auditioning for a remake of Tobe Hooper’s Poltergeist by forming complex arrangements that cause weird patterns to be projected onto the ceiling. (John Llewellyn Probert, 6 Ogos 2013).
      Cerita ini pada mulanya mungkin dapat ditafsirkan kepada konflik yang berlaku dalam sesebuah keluarga. Iaitu apabila Josh Hamilton yang merupakan bapa dan juga suami kepada lucy yang tidak berkerja dan hanya bergantung hidup kepada isterinya sahaja yang berkerja sebagai agen penjual hartanah.

He is out of work and she is a real-estate agent charged with unloading a house so ugly that even the folks on HGTV's Curb Appeal would find it too much of a challenge. (Peter Sobczynski, 20 Febuari 2013).
         Menariknya cerita ini apabila unsur-unsur seram dan unsur twist digunakan dalam penyampaian jalan cerita itu. Penonton beranggapan bahawa di pengakhiran cerita, yang hilang di ambil oleh alien adalah jesse Barrett, akan tetapi yang sebetulnya yang hilang adalah sam barrett. hal ini kerana pengarah selalu menonjolkan watak ketakutan yang melampau pada watak jesse, sehingga menjadikan penonton berandaian bahawa jesse menghadapi masalah dan dia merupakan subjek utama di dalam filem tersebut.  



               
          Danieal Barrett pada awalnya tidak mempercayai tentang perkara yang berlaku di persekitarannya dan menganggap isterinya berbohong apabila isterinya cuba menceritakan tentang perkara yang berlaku kepada dirinya apabila dia mendapati bahawa dia telah hilang pada masa yang sebelum dia berurusan untuk menjual rumah. Sehinggalah beliau memasang cctv di kediamannya dan melihat  sendiri perkara aneh yang berlaku. Lucy mula mendapatkan maklumat di laman sesawang berkenaan perkara aneh yang berlaku dan dia telah menghubungi Edwin Allard (J.K. Simmons) seorang pakar tentang ilmu panoramal. Edwin Allard mendapati bahawa mereka sekeluarga menghadapi ganguan daripada alien. Beliau mengandaikan bahawa sam merupakan sasaran terakhir yang akan diculik oleh alien tersebut, dan dia berpesan agar mereka bersiap sedia untuk menghadapi serangan daripada alien tersebut.

Assuming that Sam is the ultimate target, the Barretts barricade themselves inside their home for a final standoff in which they attempt to fend off the invaders with shotguns and a guard dog. Perhaps not surprisingly, things do not go quite as planned. (Peter Sobczynski, 20 Febuari 2013).
       Pengakhiran cerita ini amat menarik apabila penonton di beri kefahaman apabila orang yang hilang dalam keluarga tersebut bukanlah jesse, tetapi abangnya iaitu sam. Hal ini dapat difahami dengan jelasnya di pengakhiran babak dimana jesse masih memegang walkie takie yang selalu digunakannya untuk berkomunikasi dengan abangnya sam. Dan Daniel mula mempercayai tentang kewujudan alien dan mula mengumpulkan maklumat tentang kehilangan anaknya, Sam.


2. Apakah kelainanan filem ini dengan genre filem-filem sains fiksyen yang lain
                Filem fiksyen ini merupakan sesuatu cerita yang diada-adakan yang wujud melalui imaginasi seseorang sehingga menjadikan ia seolah-olah wujud. Keunikkan filem the dark skies ini adalah ia berbeza dengan filem-filem fiksyen yang lain. Perbezaan yang dapat di lihat melalui penggunaan watak alien yang ditonjolkan di dalam filem ini sebagai subjek utama. Yang menariknya pada filem ini ia kelihatan seperti filem yang bergenre seram. Hal ini kerana pengarah tidak mendedahkan imej subjek (alien) dan memainkan watak alien itu sebagai watak seram (Hantu). Unsur saspen menjadikan filem ini berjaya membuatkan penonton menonton filem ini sehingga ke peleraian cerita.  Pengarah berjaya memanipulasikan jalan cerita sehingga ia kelihatan betul-betul wujud, seperti mana yang ditonjolkan di dalam filem ini iaitu


3. Ceritakan secara ringkas tentang latar dan props yang ditampilkan dalam filem ini
                Latar di dalam filem ini adalah menggunakan sebuah rumah dan menggunakan pencahayaan yang sangat baik sehingga menjadikan setiap scene menarik. Elemen mise en scene ditelah digunapakai didalam filem ini. Pengarah filem ini begitu teliti berkenaan dengan susur atur subjek didalam filem the dark skies. Filem ini banyak menggunakan latar indoor, iaitu scenenya lebih tertumpu di dalam rumah. Pemilihan props di dalam filem ini juga dilakukan dengan teliti. Elemen props ini sangat penting didalam sesebuah filem kerana, pemilihan props inilah menjadikan filem ini berjaya atau tidak. Filem ini lebih tertumpu di dalam rumah, maka setiap props yang dipilih lebih kepada kelengkapan sesebuah rumah. Antara props yang ada di dalam filem  ialah penggunaan props walkie takie, senapang, pisau, darah, make-up dan sebagainya.


4. Senaraikan 7 jenis shot asas yang digunakan dalam filem ini. Sila freeze screen dan senaraikan gambar mengikut shot berserta keterangan.

Over the shoulder

over the shoulder (O/T/S)
 Mid close-up (M/C/U)


High angle












 Close-up (C/U)
Low Angle (L/A)











5. Sila kritik gaya penyuntingan yang digunakan dalam the Dark Skies.

Pandangan saya berkenaan gaya suntingan yang digunakan dalam filem ini adalah baik. Teknik suntingan pencahayaan banyak digunakan di dalam filem. Keadaan ini menjadikan ia memberi kesan seram dalam kalangan penonton. Filem ini juga menggunakan teknik suntingan Green Screen.  Teknik Layar Hijau atau Green Screen Technique dalam rakaman dan penyuntingan video adalah satu teknik digunakan apabila imej satu subjek/objek yang dirakam di satu lokasi ingin dibuat supaya kelihatan berada dalam satu imej lain yang dirakam di satu lokasi yang lain. Sebagai contohnya subjek alien yang di tonjolkan di dalam filem ini. Scene dimana burung-burung tertumpu menyerang rumah keluarga Daniel Barrett. Teknik ini memainkan peranan yang penting dalam filem ini, kerana teknik inilah yang berjaya menarik perhatian penonton untuk setia menonton filem ini sehingga ke pengakhiran. Bersesuaian dengan genre filem iaitu fiksyen, pengarah berjaya menghasilkan subjek alien di dalam filem ini.




Rujukkan.
http://www.rogerebert.com/reviews/dark-skies-2012
http://www.thisishorror.co.uk/film-review-dark-skies-2013/
http://www.theguardian.com/film/2013/apr/04/dark-skies-review

Friday 14 March 2014

Director Jounal (Week 4)

Kuliah untuk kali ini adalah lebih kepada pengurusan kewangan untuk sesebuah produksi. Ini merupakan aspek yang paling penting di dalam proses pembikinan filem. Hal ini kerana, jika pengurusan kewangan tidak dilakukan dengan baik dan teratur ia akan memberi implikasi yang buruk kepada penghasilan filem. Sebagai pengurusan kewangan yang baik, kita hendaklah membuat perancangan yang baik supaya bajet untuk pembuatan filem tidak tersasar daripada nilai yang telah ditetapkan. kebanyakan filem yang tidak dapat disiapkan adalah kerana pengurusan kewangan yang kurang memberangsangkan. Maka kerja-kerja pembikinan filem akan terganggu kerana kekurangan modal. Kami juga diberi pendedahan kepada agensi-agensi yang memberi suntikkan modal kepada pembikin baru filem untuk mengetengahkan idea-idea baru untuk menggalakkan lagi penghasilan filem dalam kalangan pembikin filem.

Malam production meeting, kami telah membuat bajet untuk produksi kumpulan kami dan kami membuat dengan penuh penelitian berkenaan keluar masuk wang dalam produksi advertisment cakepops. Shuhada selaku PM produksi kami, telah merangka bajet keseluruhan untuk kumpulan produksi kami. Memandangkan kumpulan kami akan mengadakan penggambaran di melaka bersama kumpulan produksi video promo kami telah merancang bajet penginapan bersama.  sesudah merangka bajet untuk produksi kami, kami membincangkan tentang gerak kerja yang berlangsung dan semua krew melaporkan gerak kerja mereka kepada saya. Terdapat perubahan sedikit berkenaan pelakon utama untuk produksi ini telah ditukar kepada krew kami sendiri iaitu Poon Mei zi (Gadis remaja), dan budak lelaki masih sama iaitu adik Syazwan.

Storyboard telah dilukis oleh chris dan dia sedang melukiskan storyboard berdasarkan shooting script yang telah dihasilkan. Oleh itu kerja kami untuk masa terdekat adalah kami perlu membuat persediaan yang rapi untuk reheasal shooting pada 28/3/14 yang akan berlangsung di Taman Tasik jaya (sebelah Amcorp Mall). Seterusnya, PM dikehendaki menghasilkan surat menyurat untuk di guna pakai di dalam produksi ini antara suratnya ialah surat kebenaran untuk mengadakan pengambaran di lokasi, surat meminjam peralatan, surat untuk pelakon dan sebagainya. itu saja yang kami lakukan untuk minggu ini dan segala gerak kerja yang telah diberikan akan dilaporkan untuk minggu seterusnya.

Sekian sahaja untuk cerita minggu ini, Assalamualaikum.. 



The Sixth Sense - Film Review



1. Siapakah M. Night Shyamalan dan bincangkan gaya pengarahan beliau secara umum.

M. Night Shyamalan dilahirkan di Madras, India, pada 6 Ogos 1970, Shyamalan dibesarkan di Philadelphia. Merupakan anak daripada seorang doktor, beliau membangunkan minatnya untuk pembikinan filem apabila dia telah diberikan kamera Super-8 pada usia lapan. Seusia  17, Shyamalan yang meminati Steven Spielberg dan dia telah menghasilkan sebanyak 45 filem. Mula mendapat pendidikan awal di sekolah Katolik, dan kemudiannya beliau meneruskan bidang pengajian pembikinan filem di Tisch School of Arts. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1992, dan pada tahun yang sama beliau membuat filem pertamanya, “Praying with Anger”. Yang menariknya filem arahan pertamanya ini adalah berkisarkan perjalanan pulangnya ke negara asalnya setelah sekian lama meninggalkannya.


"Shyamalan had considerably better luck with his next project, 1999's The Sixth Sense. A supernatural thriller about a young boy (Oscar-nominated Haley Joel Osment) who is able to communicate with the spirits of dead people, it was a sleeper hit and gave its director his unequivocal career breakthrough. Graced with an understated cast of performers and a twist ending, the film garnered incredible word-of-mouth among audiences and became the must-see film of the late summer, well into the fall". (Rebecca Flint Marx, Rovi, 2014).

Gaya pengarahannya jika diteliti banyak menggunakan unsur spiritual yang banyak menghubung kait dengan alam ghaib. Mendapat pendidikan agama di sekolah katolik menjadikan beliau kerap bermain dengan unsur-unsur spritual.  Secara umumnya, gaya pengarahan beliau mempunyai kelainan yang tidak terdapat pada mana-mana pengarah filem sedia ada. Sebagai contohnya gaya twist, elemen ini memerlukan ketajaman pemikiran seorang pembikin filem dalam menyusun atur plot penceritaan agar ia dapat menghasilkan sesuatu yang realistik.





2. Sila rumuskan dalam satu perenggan sinopsis filem The Sixth Sense .

Filem the sixth sense ini merupakan sebuah filem seram arahan M. Night Shyamalan pada tahun 1999. Filem ini berkisarkan tentang kebolehan seorang budak lelaki yang boleh berinteraksi dengan roh-roh yang kebanyakan mati dibunuh. Menariknya cerita ini adalah, seorang budak lelaki diberi keistimewaan apabila hijjab matanya dibuka, bahkan dia mampu melihat serta berkomunikasi dengan roh-roh tersebut.  Yang menjadikan filem ini rumit dari segi gaya penyampaian ceritanya, iaitu apabila seorang Doktor diberi tugas untuk merawat seorang budak lelaki di disyaki menghidapi masalah mental. Keistimewaan yang dimiliki oleh budak lelaki tersebut membuatkan ibunya tertekan. 
The title sequence and opening shots of the film function metaphorically on both the narrative and the role of the spectator in watching the film. The musical overture during the credit sequence is an acoustical journey which sets the tone for the supernatural in the filmic world. It also provides the overall map for how an inversion occurs between the violence depicted in the film’s real-living world and the tension that is felt by the spectator during moments of the supernatural. (Leah A. Cheyne, 2003).
Budak lelaki tersebut juga berjaya menolong membongkar kejadian sebenar yang berlaku sehingga menyebabkan mereka mati dibunuh. Namun diakhir cerita ini, pengarah berjaya membuatkan penonton terkesima dengan jalan penceritaannya kerana kebanyakan audien tidak menyangka bahawa Doktor yang merawat budak lelaki tersebut juga merupakan salah seorang roh yang telah mati. Maka dengan sebab itulah mereka boleh berkomunikasi dengan berkesan.


3. The Sixth Sense adalah sebuah filem dalam genre drama (tragedi) berbanding horror. Apakah kelainan yang cuba ditonjolkan oleh M. Night Shyamalan dalam filem ini?
           
Kelaianan yang cuba di tonjolkan melalui filem ini adalah apabila pengarah cuba mempresentasikan unsur drama di dalam penceritaan filem ini. Unsur drama dalam cerita ini adalah jelas dapat di lihat menerusi penceritaan permasalahaan yang wujud apabila seorang ibu tunggal terpaksa menghadapi tekanan kerana mempunyai seorang anak lelaki yang berkebolehan berinteraksi dengan roh-roh ghaib. Dan kisah drama lain yang ditonjolkan dalam filem ini adalah kisah antara Doktor yang berperanan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh budak lelaki tersebut waima dalam masa yang sama Doktor itu juga mempunyai krisis dengan isterinya. Mungkin ramai yang menterjemahkan filem ini kepada genre filem horror secara majoritinya, keadaan ini dapat ditakrifkan sebagai pemikiran konvensional. Pemikiran konvensional adalah merujuk kepada sesuatu amalan yang biasa yang diamalkan sehingga ia menjadi panduan sebagaimana ditentukan oleh konvensi. Hal ini kerana audien perlu peka bahawasanya, pengarah cuba menyampaikan sesuatu kelainan di dalam filemnya dan bukannya unsur horror diangkat sebagai elemen penting di dalam filem ini.


4. Bincangkan watak dan perwatakan dalam filem ini dan bagaimana ia menyumbang kepada kesan plot cerita.

Watak utama di dalam filem ini ialah Doktor malcolm dan budak lelaki iaitu cole. Kedua-dua watak ini memainkan peranan yang cukup besar dalam menyumbang kepada kesan penceritaan filem ini. Pertama watak Cole, yang mempunyai kebolehan yang luar biasa iaitu dapat berkomunikasi serta melihat roh-roh yang telah mati dibunuh. Kedua, watak doktor Malcolm, seorang doktor pakar kanak-kanak yang berkebolehan menyelesaikan masalah-masalah kanak-kanak dengan baik. Yang menjadikan filem ini terkesima adalah kerana peranan yang dibawa oleh dua watak utama ini iaitu Dr malcolm dan Cole. Masing-masing membawa watak yang berbeza,  dengan ekpresi wajah yang baik ia berjaya menghidupkan watak di dalam filem ini sehingga memberi kesan kepada penonton.


5. Bincangkan kepentingan konsep twist dalam penulisan skrip filem ini.

Kebanyakan yang menonton filem ini tidak menyangka bahawa kesudahannya akan berakhir begitu. Inilah kelainan yang cuba di tonjolkan iaitu konsep twist. Penghasilan sesuatu filem yang baik adalah bergantung bagaimana seorang pembikin filem membuat pencaturan dalam menentukan konsep sesebuah filem. M Night shyalaman mengetengahkan konsep twist ini di dalam filem ini adalah untuk menjadikan audien sebagai khalayak yang aktif bukan sebagai khalayak yang pasif. Seperti yang saya utarakan pada sebelum ini, audien pada masa kini lebih terikat dengan corak pemikiran konvensional. Menjadikan sesebuah filem itu hambar apabila audien mampu mengandaikan apa yang akan berlaku untuk  babak yang seterusnya. Oleh itu filem yang baik adalah pengakhiran cerita tidak sama seperti mana yang difikirkan oleh audien. Bagi saya konsep twist ini amat menarik, kerana ia mampu menimbulkan sesuatu yang berbeza daripada apa yang sudah biasa dipertontonkan.

Rujukkan.
http://www.fandango.com/mnightshyamalan/biography/p231814
http://www.slashfilm.com/m-night-shyamalan-filming-microbudget-film-sundowning/
http://www.deadline.com/tag/m-night-shyamalan/
http://www.goodreads.com/book/show/2346507.M_Night_Shyamalan_s_The_Sixth_Sense
http://www.horschamp.qc.ca/new_offscreen/sixth_sense.html


Wednesday 5 March 2014

Director Jounal (Week 3)

Director Journal 
week 3

Hye, hye, moshi3, konbanwa, Assalamualaikum.
Sedar tak sedar da masuk minggu yang ketiga, dan yang menariknya minggu ini ada ramai pertambahan bilangan pelajar, yang pasti semuanya dari fsayalti undang-undang. jeng2. semua tindak tanduk harus di jaga! kan ada lak kes kena saman.. haha.. saja je mengarut. ok kali ini untuk cake pops production telah bertambah jumlah bilangan crew kepada 16 orang daripada sebelum ini hanya 14 org shaja.

Seperti biasa kami dikuliahkan terlebih dahulu dan kali ini lecture kami menyentuh aspek model kitaran produksi. antara elemen yang ada dalam model ini adalah konsep, pembangunan, kewangan, pre-produksi, produksi, pasca produksi, marketing, dan distribution. banyakkan konsep yang ada dalam model kitaran produksi ni? secara jujurnya saya dapat perhatikan muka yang blur daripada student law ni dengan istilah-istilah yang ada dalam bidang produksi media ni. Ala biasa la tu jangan la cuak sangat, maka dengan itu saya seperti biasa memberikan penerangan berkenaan konsep tersebut kepada mereka. ok la untuk pemulaan mereka mampu memahami dengan mudah. tak kan xpaham? ceq da cakap melayu kot. hahaha. Dan yang menarik kami di tayangkan dengan filem aksi  iaitu Kill Bill. kenapa menarik? untuk tahu kenapa menarik sila-sila la baca film review yang saya buat pada entri yang lalu. hehe..Soalan yang biasa saya akan tanya ada basic camera tak? tahu editing tak? haha. dan rata-rata dalam kalangan diorang mengatakan ada la skit?. dengan muka yang humble. haha saya suka cara camtu.

Memandangkan krew untuk produksi cake pops kali ini amat luar biasa dari segi jumlah penyertaannya, maka saya sedikit pening untuk membahagikan tugas-tugas kepada mereka. bukan apa kalau boleh nk bagi tugas yang bersesuai dengan diri mereka. Tak boleh main bagi je, kan last2 saya jgk kena buat semua.
Itu sahajalah yang dapat saya nukilankan untuk minggu ini, Sekian. Terima Kasih. Jumpa lagi wahai jari jemari blogku


Kill Bill- Film Review (VOL 1)

Film Review Kill Bill


Filem ini menceritakan bagaimana seorang gadis yang ingin membalas dendam kepada sekumpulan pembunuh yang dikenali sebagai “The Deadly Assasination Squad” (TDAS). Yang menjadikan gadis tersebut berdendam kerana anak yang dikandung itu tidak dapat diselamatkan dan terbunuh ditempat kejadian. TDSA  tidak menyedari bahawa gadis tersebut terselamat daripada cubaan membunuh itu. Selama dua tahun gadis tersebut koma. Lantaran daripada mengetahui the bride masih hidup ketua TDAS mengetahui bahawa The Bride masih lagi hidup dan mengarahkan salah seorang daripadanya untuk membunuh akan tetapi ia membatalkan hasrat tersebut. the bride akhirnya tersedar daripada koma dan disitulah bermulanya misi membalas dendam dan memburu ahli-ahli TDAS.  Lakonan hebat ini dilakonkan oleh  Uma Thurman sebagai watak utama iaitu 'The Bride',  Vernita Green lakonan Vivica A. Fox, Elle Driver(Daryl Hannah), O-ren Ishii(Lucy Liu), Sofie Fatale (Julie Dreyfus), dan Gogo Yubari (Chiaki Kuriyama. Yang menariknya filem ini adalah ia mengabungkan elemen kartun sebagai jalan penceritaan tambahan.   




Filem ini membuatkan penonton tertanya-tanya mengapa the bride membunuh ahli TDAS. Secara keseluruhan cerita ini menceritakan bagaimana gadis tersebut, Uma Thurman (watak utama) mencari seorang demi seorang yang terlibat dalam kejadian pembunuhannya itu. Kisah yang paling tragis apabila dia telah membunuh Vernita Green (Copperhead) di hadapan anaknya. Keadaan pembunuhan ini di teruskan dengan pencarian Hattori Sanzao di Okinawa, seorang pembuat pedang samurai yang terkemuka di jepun. Pemaparan seni mempertahankan diri jepun dan barat menjadikan cerita ini lebih menarik. 







Senjata utama yang digunakan oleh the bride ialah pedang samurai, dan yang mengujakannya apabila the bride ini mempunyai kemahiran yang khusus dalam seni mempertahankan diri jepun. Kemuncak dalam cerita ini apabila dia cuba mengesan O-ren Ishii salah seorang ahli TDAS juga ketua mafia yang paling kejam dan ditakuti di jepun.




Klimaks filem ini adalah berlaku dimana, the bride berjaya mengesan o-ren ishii di sebuah pusat hiburan dan berlakunya kejadian petempuran darah yang sangat tragis sehingga menyebabkan kesemua pengikut o-ren shiii mati. Bayangkan apabila the bride di kelilingi berpuluh-puluh pengikut o-ren shii yang ingin membunuhnya akan tetapi ia berjaya juga mengalahkan semua daripada mereka. Seterusnya tiba masa the bride berlawan dengan o-ren shii dan akhirnya kemenangan itu berpihak kepada watak utama dalam filem ini.



Watak the bride ini dilakonkan dengan berkesan dan terkesan dengan segala bentuk lakonan yang di lakonkan oleh uma thurman. selain daripada itu, filem ini banyak menggunakan teknik penceritaan flash back untuk memberi kefahaman kepada audien apa yang berlaku di sebalik peristiwa pembunuhan yang dilakukan oleh the bride. Jalan cerita filem ini amat mengujakan, dimana apabila pemulaan ceritanya dimulakan dengan scene yang amat kejam iaitu seorang lelaki telah membunuh seorang gadis. gaya sebegini berjaya membuatkan audien untuk terus menonton filem ini dalam keadaan tertanya-tanya. Mempamerkan budaya barat serta budaya jepun menjadikan filem ini menarik. Pemaparan imej sedemikian membolehkan audien mempelajari tentang budaya luar yang cuba di paparkan melalui kemahiran menonton yang dimiliki oleh mereka.

Secara kesimpulannya cerita ini penuh dengan pemaparan yang ganas dan agak kurang sesuai jika dipertontonkan kepada golongan kanak-kanak. Namun jalan ceritanya agak menarik kerana ia menggunakan cara penyampaian cerita yang berbeza dengan filem-filem yang tersedia ada kerana menggabungkan elemen komik di dalam filem ini. Filem ini tidak berakhir disitu sahaja, kerana misi memburu ahli TDAS masih belum selesai, dan misi ini diteruskan di filem kill bill vol.2

Selamat menonton semua!.

Sedikit berkenaan filem kill bill part versi cartoon.


Saturday 1 March 2014

Director Journal (Week 1 & 2)

Director Journal ( Week 1&2)

Hai,hai, hai, tora datang lagi~
kali ini tora datang dengan mainan yang menarik, eh3 asal lak aku ley cite sal tora ini? ha. nak tahu sebabnya? betul ni nak tahu? ok sebenarnya tak ad apa pun. haha saja nak perhatian. kan dalam Tv dulu korang mudah terpengaruh dengan iklan mainan dalam kotak ni. haha.. berbalik kepada tujuan asal aku menulis artikel ini adalah kerana untuk menceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku di dalam kuliah pertama seni pengarah filem. 
             
Minggu pertama kelas seni pengarahan filem, kami diberi tugasan untuk menghasilkan artikel jurnal masing-masing. Memandangkan yang mengambil kertas ini adalah pelajar media dan pensyarah kami meminta agar kami menulisnya dengan mengangaggap diri kami sebagai seorang pengarah. Minat untuk terlibat dalam dunia perfileman membuatkan aku tidak pernah melepaskan peluang untuk mengambil kertas yang berkaitan dengan perfileman. Dalam kelas ini kami akan di tayangkan dengan filem-filem yang menarik, bab kata makcik-makcik kat kampung "kelas kau jah!", ok aku dah mula merepek. haha. Untuk minggu pertama kami di tayangkan dengan filem Forrest Gump. ha nak tahu macam mana filem Forrest Gump tu? rajin-rajinlah baca entri pertama aku. aku ada buat film review tentang filem tu. Kertas seni pengarahan filem ini akan dikuliahkan oleh Dr. Azalan Shah. Seni pengarahan filem ini sangat menarik untuk di pelajari, hal ini kerana pada minggu pertama kuliah kami diberi penjelasan apa yang akan kami pelajari daripada kelas tersebut. Antaranya kami akan diajar bagaimana untuk menghasilkan sesuatu short film yang menarik. Elemen mise en scene atau dengan kata mudahnya susun atur subjek dalam sesuatu scene menjadi peraturan utama yang perlu di pelajari oleh setiap orang yang mengikuti kelas ini. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menghasilkan beberapa karya dan akan digabungkan dengan pelajar produksi tv untuk menjadi krew bagi setiap kumpulan yang telah di bahagikan di dalam kelas seni pengarahan filem ini.
                
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugas untuk menghasilkan projek iaitu antaranya Iklan, Filem Pendek, Psa (Public  Service Annoucement), dan video promo jabatan pengajian media. Dan aku di letakkan di dalam kumpulan iklan pendek. Yang menariknya kami akan di gabungkan dengan pelajar-pelajar produksi televisyen yang akan membantu kami menghasilkan projek yang di berikan. Bagi memudahkan urusan perbincangan setiap ahli kumpulan, setiap hari khamis jam 7.45 malam akan diadakan “production meeting”. Disini aku ditugaskan untuk menjadi ketua bagi tugasan iklan yang diberikan, dan menjadi tanggunjawab ketua untuk aku memperjelaskan kepada setiap krew apa yang akan dihasilkan seperti jalan cerita, dan tugas-tugas yang ada dalam produksi.
                
Memandangkan pelajar yang mengambil kertas produksi televisyen ini bukannya dalam kalangan pelajar media, agak sukar untuk memberi penjelasan kepada mereka berkenaan apa yang bakal berlaku di dalam sesebuah produksi. Adanya dalam kalangan mereka datang dari fakulti yang berbeza seperti fakulti perundangan, perniagaan, pusat sukan dan sebagainya. Oleh itu agenda utama dalam production meeting pertama aku memberi penjelasan kepada krew periklanan. Dan aku mula mengagihkan tugas-tugas kepada mereka seperti yang ada dalam sesebuah produksi iaitu Production Manager (PM), Camera Person, Prop, Script Writter, dan sebagainya.

Untuk memudahkan urusan aku dalam memberi pengenalan apa yang akan berlaku, aku mulakan dengan penjelasan berkenaan peringkat yang terdapat di dalam sesebuah produksi iaitu pre-production, production, and pasca production. Pre- production merupakan gerak kerja awal dalam sesebuah produksi iaitu seperti yang kami lakukan pada hari itu iaitu membincangkan berkenaan jalan cerita awal untuk periklanan lolipop, merangka struktur organisasi dalam produksi, membincangkan tentang belanjawan dan sebagainya. Manakala peringkat production pula lebih kepada kerja-kerja belakang tabir iaitu final shooting, dan reheasal shooting. Dan yang terakhir adalah pasca production ini merangkumi aspek keseluruhan hasil kerja yang dijalankan.

Kelihatan muka yang teruja dan sedikit blur daripada krew yang mendengar penjelasan daripada aku. Mungkin mereka ini masih baru dalam bidang ini dan kelihatan mereka sedikit cuak kerana soalan yang selalu aku terima, " Produksi Tv ni banyak keje ke?, dan "Apa? kena keluarkan duit sendiri?". Dalam hati kecil aku berkata "dari mana la diorang ni datang", jahatnya aku kan? haha tak da la tu gurau je. Mereka ni sangat supporting  kerana cepat belajar dan tahu apa yang mereka perlu lakukan dan yang paling penting mereka menerima tugas-tugas yang diberikan dengan baik. Rancangan awal untuk pengambaran iklan lolipop ini adalah, ia akan dilakukan di sebuah kawasan taman. Dan kami memerlukan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang gadis remaja untuk melakonkan iklan tersebut. Semasa dalam perbicangan tersebut kami telah menyenaraikan keperluan barangan (Props) untuk menghasilkan kerja-kerja tersebut. 

Berbalik kepada projek yang kami dapat iaitu kami perlu menghasilkan satu iklan iaitu produk kami adalah lolipop atau cake pop. konsep iklan ini sangat mudah kerana kami hanya menggunakan dua orang pelakon sahaja iaitu seorang kanak-kanak lelaki dan seorang gadis remaja. Nak di jadikan cerita budak lelaki ini sedang bermain-main di sebuah taman, dan dia ternampak seorang gadis remaja yang sedang membaca novel di hujung bangku di taman tersebut. Disitulah bermulanya cerita romeo and tak seberapa julliet ni. ha kenapa aku cakap tak seberapa julliet? sebab yang romeonya hanyalah budak lelaki tu je, gadis remaja itu tak layan pun budak laki itu. Cubaan demi cubaan budak lelaki itu cuba menarik perhatian gadis itu, dengan memberinya aiskrim, bear, bunga, ballon berisi gas helium, tetapi gadis tu tetap tak bagi respond. In the end, budak laki ini baginya lolipop/ cakepop kepada gadis itu dan gadis menerimanya dengan reaksi muka yang happy. see? nampak tak konsep iklan kami? kami sebenarnya nak highlight lolipop/ cakepop itu sebagai objek utama dalam iklan kami, kerana untuk menarik perhatian seorang gadis tidak perlu memberinya hadiah yang mahal-mahal atau bersifat lebih-lebih, cukup sahaja dengan memberinya lolipop dah memadai.

Jalan cerita ini terdapatnya 5 scene, so 5 hari yang berbezalah. Oleh itu kami memerlukan pelbagai prop yang menarik untuk diguna pakai semasa proses shooting, antaranya kami memerlukan baju-baju yang menarik dan berwarna terang untuk menarik perhatian audien. Penggunaan seperti basikal, kasut roda, skateboard, dan sebagainya sebagai alat yang digunakan untuk kegunaan budak lelaki tersebut. Yang menjadi menarik iklan ini adalah menunjukkan kesungguhan seorang budak lelaki yang cuba menarik perhatian gadis remaja. Elemen kinesik dan body gesture menjadi antara elemen yang penting untuk menghidupkan watak di dalam iklan ini. Untuk memastikan kerja-kerja shooting berjalan dengan lancar aku telah mengarahkan beberapa orang dalam team iklan ini untuk menghasilkan storyboard dan shooting script. Kedua-dua item ini menjadi pekara asas yang diperlukan untuk tujuan shooting. Pengalaman lalu menjadikan aku lebih berhati-hati untuk menghadapi pelbagai kemungkinan. Sejujurnya storyboard tu hanyalah draf awal untuk menunjukkkan flow cerita dan untuk dijadikan guide kepada cameraman untuk shoot sesuatu babak.
Jadi aku tugaskan Oii suhong, Mei zee, Tan ben lee, Sj dan ng untuk menghasilkan storyboard dan shooting script.

Panjangkan cite aku? Biasalah nak jadi pengarah kenalah banyak cite. Hahaha. Oklah sekian saja daripada aku untuk cite minggu ni.  Bye3, jumpa lagi...