Saturday 5 April 2014

Super8 - Film Review

Dalam sesebuah pembikinan filem terdapat struktur penceritaan yang asas perlu diketahui  iaitu pertama permulaan, klimaks, dan peleraian. Ketiga-tiga struktur ini merupakan teknik asas kepada pembikinan sesebuah cerita. Dimana penulis skrip harus bijak membuat percaturan untuk menentukan dimana permulaan, klimaks, dan peleraian. Mengikut kajian yang dijalankan, filem yang berkesan adalah dimana seawal minit yang ke 20, ia berjaya membuat penonton untuk terus menonton filem tersebut hingga ke pengakhiran. Oleh itu pentingnya, setiap pengarah menyusun susun atur babak untuk menjadikan filem itu berjaya atau sebaliknya.


Menariknya petikan daripada steven ini adalah "kebanyakkan manusia lupa atau tidak tahu cara terbaik untuk bercerita tentang sesuatu, tidak mempunyai klimaks penceritaan dan peleraian cerita yang baik, mereka biasanya mempunyai permulaan tetapi tidak tahu untuk menghentikan permulaan sesebuah cerita itu".

                Filem super8 ini secara jelasnya dapat diperincilkan kepada tiga struktur utama iaitu permulaan, klimaks, dan peleraian. Tiga struktur bina ini merupakan konsep asas kepada sesebuah plot penceritaan.  Dalam filem ini, struktur permulaan adalah dapat dijelaskan melalui permulaan cerita itu. Di mana seawal babak permulaan cerita watak-watak utama diperkenalkan, sekumpulan kanak-kanak yang mengemari membuat filem pendek yang bergenre penyiasatan.  Permulaan cerita ini agak perlahan dimana ia hanya memaparkan cerita dimana sekumpulan kanak-kanak berminat untuk menghasilkan filem pendek. Watak utama dalam filem ini Joe, Alice, Jack, dan Charles Kaznyk. Watak-watak inilah yang menggerakkan permulaan cerita ini. Terdapat juga nilai-nilai persahabatan dan percintaan di selit halus sepanjang filem ni berjalan. Yang menjadikan cerita ini menarik apabila berlakunya satu tragedi kemalangan kereta api semasa mereka sedang membuat pengambaran filem pendek itu.



            Filem ini mula mencapai kemuncaknya apabila, secara tidak sengajanya semasa berlakunya tragedi kemalangan kereta api joe pernah mengambil sesuatu benda asing di tempat kejadian yang dikenali sebagai super8. Benda yang dibawa pulang tersebut merupakan makhluk asing. Klimaks filem ini adalah seluruh penduduk di bandar itu mula menghadapi serangan daripada makhluk asing tersebut. Bandar tersebut mengalami keadaan yang haru biru apabila hampir kesemua tentera dan polis dikerah untuk menangkap dan menghapuskan makhluk asing tersebut. Joe dengan beraninya memasuki tempat persembunyingan makhluk asing tersebut dan berjaya menemui sejumlah penduduk yang ditangkap oleh makhluk asing tersebut. Akan tetapi makhluk asing tersebut berjaya mengesan kehadiran joe di tempatnya itu dan akhirnya joe dengan beraninya melawan makhluk asing tersebut. Selain daripada krisis makhluk asing, terdapat juga krisis kekeluargaan dimana Joe menghadapi masalah apabila bapanya menghalang dia daripada melakukan apa-apa dalam dunia perfileman. Kemudian, Alice juga menghadapi masalah yang sama apabila bapanya yang selalu berkasar dengannya.

Super8

            Peleraian filem ini adalah dimana, Joe berjaya menghalau makhluk asing tersebut pulang ke tempat asalnya. Dan akhirnya mereka berjaya menghasilkan filem pendek bergenre penyiasatan. Joe akhirnya melepaskan rantai yang di dalam loketnya itu mempunyai gambarnya bersama ibunya semasa kecil.  Joe melakukan suatu keputusan yang berat apabila terpaksa melepaskan rantai tersebut demi untuk menyelamatkan bandar tersebut daripada terus di gangu oleh alien tersebut. Seterusnya, selepas pemergian alien tersebut, mereka hidup dalam keadaan gembira dan krisis yang ada berjaya diselesaikan dengan baik.


Rujukan
http://scripteach.com/?page_id=223
http://www.elementsofcinema.com/screenwriting/3-act-structure.html
Photo: Goggle image

No comments:

Post a Comment