Saturday 26 April 2014

Kill Bill Vol 2 ( Film Review)



Filem kill bill 2 ini merupakan prekuel selepas kill bill vol 1. Filem kedua ini menceritakan daripada awal tentang apa yang telah berlaku pada watak utama iaitu The Bride. Ini merupakan rentetan cerita daripada kisah terdahulu dimana ia memberi penerangan kepada penonton mengapa The Bride berusaha gigih untuk membalas dendam kepada sekumpulan gengster yang cuba membunuhnya. Kisah filem ini begitu tragis apabila Watak utama "the bride" cuba dibunuh pada hari perkahwinannya, ekoran daripada kejadian itu dia berjaya diselamatkan akan tetapi ia mengambil masa yang begitu lama apabila The Bride mengalami koma selama setahun. Selepas tersedar daripada koma, The Bride beranggapan anaknya telah terbunuh semasa cubaan sekumpulan gengster kepadanya. Itu menjadikan alasan mengapa dia berusaha untuk mencari satu persatu orang yang cuba membunuhnya itu. Akhirnya watak Bill muncul dalam filem ini, di mana ia merupakan suami kepadanya dan juga merupakan orang yang menjadi dalang kepada pembunuhannya.

The Bride woke up after a long coma. The baby that she carried before the coma was gone. The only thing on her mind was to get revenge on the assassination team that betrayed her - a team she was once part of. With two of the people on her Death List taken care of, she must pursue Budd, Elle Driver and of course Bill himself. But she is in for a surprise...
- Written by Qrrbirbel
The bride berusaha dengan gigih untuk membalas dendam dan akhirnya dia berjaya membunuh seorang demi seorang yang terlibat dalam cubaan membunuhnya itu. Anaknya, yang difikirkan telah mati akhirnya turut terselamat dan dijaga oleh Bill.


Rujukkan
http://www.amazon.com/Kill-Bill-Vol-2-DVD/dp/B00005JMUA
http://www.imdb.com/title/tt0378194/?ref_=ttfc_fc_tt

Tuesday 22 April 2014

Film Review - The Chorus



Filem ini menceritakan tentang bagaimana seorang guru baru ditugaskan di sebuah sekolah yang terpaksa menghadapi pelajar yang bermasalah. Watak ini dilakonkan oleh Gérard Jugnot sebagai Clément Mathieu. Fond de l'Etang adalah sebuah sekolah berasrama penuh untuk kanak-kanak lelaki bermasalah, terletak di kawasan luar bandar Perancis. Dia cuba berusaha untuk mengubah pelajar di sekolah itu melalui muzik, kerana dia mendapati di sekolah itu selalu berlaku penindasan antara pelajar dengan guru-guru.
  • Set in 1948, a professor of music, Clement Mathieu, becomes the supervisor at a boarding school for the rehabilitation for minors. What he discovers disconcerts him -- the current situation is repressive. Through the power of song, Clement tries to transform the students.
    Written by Sujit R. Varma

Watak sampingan didalam filem ini adalah seorang pelajar lelaki iaitu Jean-Baptiste Maunier sebagai Pierre Morhange, yang mempunyai suara yang unik dan menjadi tarikkan utama di dalam kumpulan koir sekolah itu. Watak ini dianggap penting kerana ia mempunyai nilai penceritaan kekeluargaan, Kedua, watak sampingan yang penting didalam cerita ini adalah pengetua sekolah Fond de i'Etang iaitu dilakonkan oleh François Berléand sebagai Rachin. Watak ini juga memainkan peranan dalam menjadikan filem ini menarik, kerana menerusi watak inilah dapat dilihat bagaimana seorang lelaki menguruskan sekolah berasrama penuh untuk kanak-kanak lelaki bermasalah. Perwatakkan garang, mementingkan masa, dan tegas menjadikan watak ini penting di dalam plot penceritaan filem ini. Ketiga, adalah watak Maxence Perrin sebagai Pépinot, seorang budak yang paling kecil di sekolah itu yang menghadapi masalah kerana enggan menerima tentang kematian ibu bapanya, dan keadaan ini menjadikan dia selalu berkeadaan murung. Akan tetapi, wataknya di dalam filem ini menjadi penyeri apabila Clement mathieu berjaya mengubahnya menjadi seorang yang boleh menerima kenyataan dan menjadi seorang yang berjaya. Watak yang keempat ialah, Marie Bunel sebagai Violette Morhange, merupakan ibu tunggal kepada watak pierre. Watak ini penting kerana, ia mempunyai hubungan baik dengan clement mathieu. Violette, selalu berhubung dengan clement untuk mengetahui perkembangan semasa tentang anaknya di sekolah itu. Watak yang kelima yang penting di dalam filem ini ialah, Grégory Gatignol (fr) sebagai Mondain, seorang budak lelaki yang paling bermasalah. Watak ini penting dalam kerana ia menjadi klimaks penceritaan filem ini dimana sekolah Fond de i'etang menerima seorang pelajar baru yang bermasalah dan akhirnya telah membakar sebahagian sekolah tersebut. 

Rujukan
http://www.filmeducation.org/pdf/film/LesChoristes.pdf
http://www.imdb.com/title/tt0372824/

Monday 21 April 2014

Director journal week 7


Minggu ke-7 ini, kami dikuliahkan dengan bagaimana cara untuk menjadi seorang pengarah yang baik? Topik ini sangat  menarik untuk dibincangkan di dalam kelas ini. Hal ini kerana rata-ratanya daripada kami adalah orang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia pengarahan filem. Banyak cara untuk menjadi seorang pengarah yang baik, antaranya seorang pengarah haruslah membuat penyelidikan terlebih dan menganalisis setiap shot yang ada di dalam sebuah filem. Mengenalpasti elemen “Mise En Scene” yang digunakan agar dapat menjadi contoh kepada filem yang bakal di hasilkan oleh kita. Selain itu, kami juga dikuliahkan berkenaan teknik asas dalam penghasilan sesebuah filem iaitu teknik 3-Act Structure. Teknik ini merupakan asas kepada penciptaan plot cerita agar ia tersusun dengan baik. Filem yang baik adalah filem yang memampu memberikan kepuasan kepada penonton. 3asas teknik ini ialah permulaan, klimaks, dan peleraian. selepas itu kami ditayangkan dengan filem super8, yang menariknya filem ini adalah kita dapat melihat semangat sekumpulan kanak-kanak untuk menghasilkan filem pendek. untuk ulasan yang lebih lanjut nantikan ulasan filem saya pada entri yang terdahulu.
Seterusnya kami dikuliahkan dengan fasa-fasa yang terdapat didalam produksi iaitu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu :FASA-FASA DALAM PRODUKSI VIDEO;
Terdapat 3 fasa dalam penerbitan video iaitu, PRE-PRODUCTION, PRODUCTION dan POST-PRODUCTION.
- PRE-PRODUCTION;
Fasa ini termasuk menulis skrip dan perancangan yang perlu dalam penyediaan skrip untuk rakaman.
1. SINOPSIS
2. TREATMENT atau OLAHAN CERITA
3. SKRIP
4. PEMILIHAN PELAKON
5. RECEE
6. BELANJAWAN
7. JADUAL PENGGAMBARAN
8. SKRIP PENGGAMBARAN dan STORYBOARD
9. PEMBINAAN SET
10. PENYEDIAAN KOSTUM atau PAKAIAN
11. SOLEKAN

-PRODUCTION;
Dalam fasa ini rakaman sebenar filem atau video dilakukan di lokasi-lokasi.
-POST-PRODUCTION
Pada minggu yang sama kumpulan kami telah mengadakan reheasal shooting, dan akhirnya kami diminta untuk menayangkan hasil kerja reheasal shooting kami di dalam kelas. Hal ini menjadi tradisi di dalam dunia perfileman, dimana setiap hasil percubaan akan ditayangkan kepada umum untuk menilai kekurangan yang ada pada video tersebut. Komen yang baik diterima oleh kami, dan kami telah mencatatkan setiap komen dan cadangan yang telah diberikan. Akhirnya kumpulan kami berbincang berkenaan tarikh akhir pengambaran yang akan berlangsung di D’brug homestay, pada 12/4/14.

Tuesday 15 April 2014

Lizzie McGuire- Film Review


Filem ini mempunyai jalan cerita yang menarik kerana ia mengabungkan elemen animasi dengan watak realistik. Keunikkan filem ini adalah menerusi genre filem fantasi yang cuba diketengahkan oleh pengarah. Pemaparan watak gadis remaja yang berperwatakkan riang, menjadikan jalan cerita ini berjaya mencuri hati penonton. Elemen komedi juga menjadikan filem ini menarik. Babak permulaan di selitkan dengan adegang komedi di mana pembawaan watak utama Lizzie sedang berangan-angan dan di intip oleh adiknya. Elemen komedi inilah menjadi daya tarikkan utama terhadap filem ini untuk menarik penonton untuk terus menonton filem ini sehingga selesai. Kisah kekeluargaan juga dipaparkan di dalam filem ini, iaitu jelas dapat dilihat menerusi hubungan Lizzie dengan adiknya, yang suka mengambil tahu tentang perkara yang dilakukan oleh kakaknya dan sering memalukan kakaknya dihadapan kawan-kawannya. Klimaks filem ini dapat dilihat menerusi babak sewaktu lizzie mengikuti lawatan sambil belajar di ROMA, dan telah berjumpa dengan seorang artis terkenal disana dan akhirnya Lizzie diminta untuk menyamar menjadi isabella iaitu penyayi terkenal di ROMA kerana wajahnnya yang begitu mirip dengan isabella. Adik Lizzie dapat mengetahui segala kejadian di ROMA dan memberitahu kepada keluarga. Kehidupan gadis remaja yang serba kekurangan ini menarik perhatian umum, pengarah cuba menampilkan watak yang bersahaja di dalam filem ini agar ia betul-betul dekat dengan jiwa khalayak penontonya.

Reference:
Fall, J. (2003, May 2). The Lizzie McGuire Movie. (H. McClure, Interviewer)


Director Journal Week 6

Minggu ini merupakan minggu yang penting seperti mana yang terdapat pada peringkat produksi, iaiitu reheasal shooting. Rancangan awalnya kumpulan kami ingin mengadakan reheasal shooting di tasik taman jaya, akan tetapi lokasi reheasal kami berubah atas dasar untuk memudahkan kerja Lecture kami untuk memantau gerak kerja kami. Hal ini kerana pada masa itu terdapat dua kumpulan yang mengadakan reheasal shooting secara serentak. Saya selaku pengarah dan juga camera person telah melakukan penyelidikan terlebih dahulu berkenaan shot yang akan diaplikasikan di dalam projek kami iaitu iklan cakepops. Saya juga kena memastikan storyboard telah siap dirangka agar ia dapat memudahkan kerja-kerja reheasal shooting nanti.

Segala keperluan yang diperlukan terutamanya Props telah disediakan dengan baiknya oleh krew kami. Dalam reheasal tersebut kami menggunakan Tan ben lee sebagai budak lelaki dan mei zi sebagai gadis remaja. Berbekalkan satu video cam NXCAM kerja-kerja reheasal shooting kami berjalan dengan lancar walaupun terdapat kekurangan pada reheasal tersebut. Semasa proses suntingan video reheasal saya mendapati terdapat banyak perkara yang perlu diperbetulkan untuk final shooting nanti. Segala persiapan harus dirancangan dengan teliti agar masalah sama tidak berulang pada final shooting kelak.

Hari khamis diadakan pra tonton berkenaan reheasal shooting yang diadakan oleh setiap ahli kumpulan. Melalui pra tonton tersebut, kami mendapat feedback yang cukup memberangsangkan daripada ahli kumpulan lain. Selesai aktiviti pra tonton tersebut, saya mengumpulkan ahli kumpulan untuk membincangkan berkenaan gerak kerja akhir agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Seterusnya, Kami memberi tumpuan kepada gerak kerja akhir produksi, memandangkan minggu ke-7 merupakan minggu untuk kumpulan kami untuk mengadakan final shooting di melaka.

Saturday 5 April 2014

Super8 - Film Review

Dalam sesebuah pembikinan filem terdapat struktur penceritaan yang asas perlu diketahui  iaitu pertama permulaan, klimaks, dan peleraian. Ketiga-tiga struktur ini merupakan teknik asas kepada pembikinan sesebuah cerita. Dimana penulis skrip harus bijak membuat percaturan untuk menentukan dimana permulaan, klimaks, dan peleraian. Mengikut kajian yang dijalankan, filem yang berkesan adalah dimana seawal minit yang ke 20, ia berjaya membuat penonton untuk terus menonton filem tersebut hingga ke pengakhiran. Oleh itu pentingnya, setiap pengarah menyusun susun atur babak untuk menjadikan filem itu berjaya atau sebaliknya.


Menariknya petikan daripada steven ini adalah "kebanyakkan manusia lupa atau tidak tahu cara terbaik untuk bercerita tentang sesuatu, tidak mempunyai klimaks penceritaan dan peleraian cerita yang baik, mereka biasanya mempunyai permulaan tetapi tidak tahu untuk menghentikan permulaan sesebuah cerita itu".

                Filem super8 ini secara jelasnya dapat diperincilkan kepada tiga struktur utama iaitu permulaan, klimaks, dan peleraian. Tiga struktur bina ini merupakan konsep asas kepada sesebuah plot penceritaan.  Dalam filem ini, struktur permulaan adalah dapat dijelaskan melalui permulaan cerita itu. Di mana seawal babak permulaan cerita watak-watak utama diperkenalkan, sekumpulan kanak-kanak yang mengemari membuat filem pendek yang bergenre penyiasatan.  Permulaan cerita ini agak perlahan dimana ia hanya memaparkan cerita dimana sekumpulan kanak-kanak berminat untuk menghasilkan filem pendek. Watak utama dalam filem ini Joe, Alice, Jack, dan Charles Kaznyk. Watak-watak inilah yang menggerakkan permulaan cerita ini. Terdapat juga nilai-nilai persahabatan dan percintaan di selit halus sepanjang filem ni berjalan. Yang menjadikan cerita ini menarik apabila berlakunya satu tragedi kemalangan kereta api semasa mereka sedang membuat pengambaran filem pendek itu.



            Filem ini mula mencapai kemuncaknya apabila, secara tidak sengajanya semasa berlakunya tragedi kemalangan kereta api joe pernah mengambil sesuatu benda asing di tempat kejadian yang dikenali sebagai super8. Benda yang dibawa pulang tersebut merupakan makhluk asing. Klimaks filem ini adalah seluruh penduduk di bandar itu mula menghadapi serangan daripada makhluk asing tersebut. Bandar tersebut mengalami keadaan yang haru biru apabila hampir kesemua tentera dan polis dikerah untuk menangkap dan menghapuskan makhluk asing tersebut. Joe dengan beraninya memasuki tempat persembunyingan makhluk asing tersebut dan berjaya menemui sejumlah penduduk yang ditangkap oleh makhluk asing tersebut. Akan tetapi makhluk asing tersebut berjaya mengesan kehadiran joe di tempatnya itu dan akhirnya joe dengan beraninya melawan makhluk asing tersebut. Selain daripada krisis makhluk asing, terdapat juga krisis kekeluargaan dimana Joe menghadapi masalah apabila bapanya menghalang dia daripada melakukan apa-apa dalam dunia perfileman. Kemudian, Alice juga menghadapi masalah yang sama apabila bapanya yang selalu berkasar dengannya.

Super8

            Peleraian filem ini adalah dimana, Joe berjaya menghalau makhluk asing tersebut pulang ke tempat asalnya. Dan akhirnya mereka berjaya menghasilkan filem pendek bergenre penyiasatan. Joe akhirnya melepaskan rantai yang di dalam loketnya itu mempunyai gambarnya bersama ibunya semasa kecil.  Joe melakukan suatu keputusan yang berat apabila terpaksa melepaskan rantai tersebut demi untuk menyelamatkan bandar tersebut daripada terus di gangu oleh alien tersebut. Seterusnya, selepas pemergian alien tersebut, mereka hidup dalam keadaan gembira dan krisis yang ada berjaya diselesaikan dengan baik.


Rujukan
http://scripteach.com/?page_id=223
http://www.elementsofcinema.com/screenwriting/3-act-structure.html
Photo: Goggle image

Friday 4 April 2014

Director Journal - Week 5

Hari ini seperti biasa, kami dikuliahkan tentang pendekatan kritikal untuk filem. Melalui topik ini kami didedahkan dengan pelbagai teori filem. Kuliah ini memberi pendekatan kepada pengarah baru yang hendak menceburi bidang perfileman. Setiap filem mempunyai pengarah, dan pengarah inilah orang yang berperanan menjalankan kerja-kerja balik tabir untuk menjadik sesebuah filem itu berjaya atau tidak. Menjadi perkara biasa di dalam dunia perfilem apabila pengarah perlu mengambil tahu tentang semua perkara didalam sesebuah produksi seperti script, shooting script, storyboard, dan sebagainya. Seterusnya kami juga dikuliahkan tentang teori filem iaitu teori author yang diperkenalkan oleh Andrew Sarris. Menurutnya, pengarah filem boleh di latih menerusi pembacaan sejarah perfileman dan gaya pengarahan yang baik. 

Seterusnya kami dikuliahkan dengan instument asas yang ada di dalam bidang perfileman iaitu berkenaan Shot, Cut, dan Editing. Ketiga-tiga instrument ini menjadi perkara asas kepada bidang pembikinan filem yang wajib diketahui oleh setiap pengarah baru yang ingin melibatkan diri dalam produksi. Antara shot yang asas adalah close-up, medium close-up,  over the shoulder, high angle dan sebagainya. Manakala Cut pula merujuk kepada perkara asas dalam teknik penyuntingan. Setiap penyuntingan mempunyai Cut yang berbeza yang digunakan sebagai jalan cerita. Antara jenis cut ialah jump cut, montage cut, footage cut dan sebagainya. Disamping itu juga kami dikuliahkan berkenaan gaya pengarahan. iaitu Montage dan long takes. Montage merupakan teknik pilihan atau guntingan dan susunan gambar atau filem untuk membuat satu gambar atau filem yang teratur. Long take pula merujuk kepada teknik ambilan video yang diambil di fokuskan kepada sesuatu latar untuk menunjukkan sesuatu perkara yang menjadi subjek utama.

Pada malam production meeting, kumpulan kami mengadakan perbincangan untuk persedian untuk mengadakan reheasal shooting. Setiap krew akan update gerak kerja masing-masing kepada saya selaku pengarah untuk kumpulan cake pops.  Itu sahaja untuk minggu ini.