Minggu ke-8
Kumpulan kami telah mengadakan final shooting pada
minggu ke-7 semasa cuti pertengahan semester. Kami berjaya menyelesaikan semua
masalah yang berlaku semasa hari pengambaran berlangsung. Seterusnya, saya
selaku editor telah melakukan suntingan pada minggu ke-8. Bagi memastikan
suntingan berjalan dengan lancar saya telah membuat sedikit nota berkenaan
setiap setiap shot yang akan disunting. Terdapat sedikit
perubahan yang dilakukan terhadap konsep iklan asal, dimana kami cuba
menggurangkan penggunaan props semasa pengambaran Iklan lovelypop.
Minggu ke-9
Minggu ke-9
diteruskan dengan kuliah seperti biasa, dan kali ini kami dikehendaki
menerangkan semula apa yang sudah dipelajari menerusi slide yang di kuliahkan pada sebelum ini. Secara peribadinya saya
amat menyukai kaedah sebegini kerana ia bukan sahaja dapat menguji sejauhmana
pelajar memahami pembelajaran tetapi melatih pelajar untuk menerangkan sesuatu
dengan berkesan. Seterusnya kami membuat persediaan untuk menghadapi penilian
daripada pensyarah jemputan daripada UPM untuk menilai hasil kerja kami. Kami juga
akan diberi ujian oleh pensyarah kami pada minggu seterusnya. Oleh itu setiap
harus memastikan mereka bersedia menghadapi ujian yang bakal berlangsung dan
mempertahankan hasil kerja masing-masing.
Minggu ke-10
Kuliah minggu
ini kami dikehendaki menghasilkan satu jalan cerita untuk di persembahkan pada
semua pelajar. Ujian yang dimaksudkan adalah kami diberikan tugasan untuk
mencipta satu jalan cerita secara ringkas dan kami di kehendaki pitching sinopsis tersebut semasa kuliah
berlangsung. Ini merupakan synopsis cerita yang saya hasilkan yang diberi tajuk
“let her go”.
Kisah ini
mengisahkan seorang lelaki yang tidak mampu menerima kenyataan bahawa
kekasihnya telah meninggal dunia, sehingga menyebabkan dia selalu berimaginasi
bahawa kekasihnya itu masih lagi berada di dunia yang nyata. Permulaan cerita
ini berlaku disebuah cafe, dimana lelaki tersebut datang bersama-sama dengan
gadis tersebut, dan akhirnya gadis tersebut memintanya untuk tunggu seketika
sementara dia beredar dikawasan tersebut. klimaks cerita ini bermula apabila
salah seorang yang berada dalam cafe tersebut perasan bahawa lelaki tersebut
bercakap seorang diri lalu menyapanya.
Minggu ke-11
Seterusnya kami
dikehendaki membuat persediaan untuk menjalani dua ujian dan kami diminta satu wakil daripada
setiap kumpulan untuk menjalani ujian tersebut. ujian pertama adalah kami
diminta satu wakil daripada setiap ahli kumpulan untuk menjalani ujian pertama
ini. Saya mewakili kumpulan lovelypop untuk menjalani ujian yang membawa kepada
10%. Secara jujurnya saya menyukai kaedah yang digunakan oleh pensyarah kami
apabila beliau melakukan ujian sebegini secara tidak langsung pelajar-pelajar
akan mengingati konsep teoritikal dan aspek-aspek teknikal yang pernah
dikuliahkan pada sebelum ini. Antara soalan yang ada dalam ujian tersebut:
Aspects of
evaluation?
1. Narration
(story, dramatic appeal, 3 act structure)
2. Sound
(music, dialogue, silence, narrator, sound effects)
3. Shot
(focus, frame, angle, movement, space, sets, light, color)
4. Editing
(order, cuts, duration, rhythm, continuity, montage).
*Keputusan hasil
ujian ini adalah kumpulan kami mendahului daripada kumpulan-kumpulan yang lain.
Seterusnya
ujian kedua kami diminta untuk menghantar tiga wakil daripada setiap kumpulan
dan saya telah memilih nurul shuhada, ameera, dan xiang wei untuk menjalani
ujian tersebut.
Minggu ke-12
Pada minggu
sebelumnya kami diberi peringatan untuk menyiapkan proses penyuntingan video
masing-masing kerana pada minggu ke-12 ini video kami akan dinilai oleh pensyarah
jemputan khas daripada UPM iaitu Dr. Rosya. Saya telah memilih tiga orang wakil
iaitu Xiang Wei, Tan Ben Lee, dan Azrie dan saya sendiri untuk menjalani ujian
tersebut. Ujian kali ini boleh dikatakan mencabar kumpulan kami. Video iklan
kami mendapat banyak kritikan terutamanya aspek teknikal. Ujian ini terbahagi
kepada dua slot iaitu slot pertama kami ditanya berkenaan aspek teknikal dan
kemudian kami disoal berkenaan hasil kerja yang kami hasilkan iaitu iklan
komersial lovelypop. Disebabkan kecuaian saya dalam aspek suntingan,
perancangan jalan cerita kumpulan kami mendapat markah yang kurang memuaskan. Kelemahan
yang saya perolehi pada hari ini saya akan jadikan ia sebagai peringatan untuk
masa hadapan agar saya lebih peka apabila melakukan video iklan komersial
dengan mengambil kira elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam sesebuah
periklanan.
Minggu ke-13
Minggu ini kami
di kehendaki mengadakan persiapan untuk malam tayangan pengajian media atau
screening night. Malam tayangan ini akan ditayangkan keseluruhan hasil kerja
pelajar yang mengambil kertas produksi perfileman di Jabatan Pengajian Media, UM. Kali ini malam tayangan ini diadakan bertempat
Armada hotel, Petaling jaya. Tema yang dibawakan pada malam tayangan adalah
berkonsepkan “Vintage & Bow Tie”. Pelajar tahun pertama dikehendaki
menguruskan screening night ini, kerana ini merupakan sebahagian daripada
penilian berterusan untuk mereka. Oleh itu
setiap pengarah hendaklah menyiapkan suntingan video masing-masing sebelum
minggu ke-12. Pada malam tersebut juga terdapat beberapa anugerah yang di
pertandingkan Antara set props terbaik, suntingan tebaik, dan sinematografi
terbaik.