Saturday 17 May 2014

Malam Tayangan Pengajian Media, Universiti Malaya, 2014



Screening night atau malam tayangan ini merupakan aktiviti pelajar yang diadakan setiap khususnya kepada pelajar yang mengambil jurusan perfileman di jabatan Pengajian Media. Malam tayangan ini dirasmikan oleh ketua jabatan Pengajian Media Prof. Azizah Hamzah. Aktiviti ini akan diadakan di setiap semester bagi menayangkan hasil kerja pelajar kepada umum. Menariknya kali ini malam tayangan kali ini diadakan di hotel Armada, Petaling jaya. Pelajar tahun pertama ditugaskan untuk menguruskan malam tayangan ini. Sebanyak 13 hasil karya di tayangkan pada malam itu, antaranya filem pendek Inspektor Petonah, Zahirah, After The Storm, dan sebagainya. Selain daripada tayangan hasil kerja pelajar malam tayangan  ini juga dihiasi dengan persembahan nyayian pelajar. Secara peribadinya saya berpuas hati dengan malam tayangan ini, kerana ia merupakan salah satu platform kepada pelajar untuk mengetengahkan bakat mereka di dalam penghasilan filem pendek. 
Perkara yang paling tidak saya jangkakan adalah apabila nama saya di panggil untuk menerima anugerah sinematografi terbaik. Sesungguhnya ini bukan anugerah perseorangan yang boleh saya banggakan kerana terdapat banyak orang yang berada di belakang saya yang tak pernah henti menghulurkan bantuan dalam menjayakan mana-mana filem pendek. Syazwan husaini merupakan orang yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya semasa peringkat produksi dan pasca produksi. Jadi tidak hairanlah apabila dia berjaya memenangi tiga anugerah pada malam itu melalui filem pendek inspektor Petonah.

Sejujurnya saya lagi menyukai pakaian Syazwan husaini sanusi yang memakai pakaian yang boleh menarik perhatian orang ramai. Menariknya adalah datangnya daripada seluar putihnya yang kelihatan retro. Tapi orang lain pula yang menang best dress dengan hanya memakai pakaian bagi saya adalah kelihatan biasa-biasa sahaja. Seperti biasa syarifah damia menang bagi best dress bagi pihak perempuan. itu saya sudah jangka daripada awal. Klimaks malam tayangan ini adalah apabila filem pendek Epilouge ditayangkan. secara jujurnya saya amat menyukai filem pendek epilouge ini kerana setting masa yang digunakan bertepatan dengan tema malam screening night iaitu "vintage and bow tie".



                                         (Syarifah Damia)                   (Syazwan husaini)

Malam tayangan ini wajar diteruskan di jabatan pengajian media, bertujuan untuk menggalakkan lagi para pelajar untuk berkarya. Di sinilah titik permulaan kepada mereka yang mempunyai minat atau berkebolehan dalam menghasilkan karya filem pendek, iklan atau PSA (public service announcement) dan sebagainya. selain daripada mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar, ia juga merupakan malam penghargaan kepada pelajar yang setelah sekian lama bertungkus-lumus dalam menyiapkan karya mereka. Terima kasih kepada pensyarah kami Dr. Shahazalan yang banyak membantu kami dalam menjayakan malam tayangan pengajian media ini dan merupakan orang yang penting dalam memastikan kerja-kerja pembikinan filem pendek kami. Secara keseluruhan anugrah dibolosi oleh inspektor petonah, Tahniah buat pengarah muda Syazwan husaini sanusi yang berjaya menghasilkan filem pendek yang baik.

Kumpulan Iklan(lovelypops) : Dari kiri : aku, fatin, syuhada, chris, xiang wei, suhong, ben lee, mei zi, amera, silmina, azrie.

1 comment:

  1. Ahmad Hisyam Azren, terbaiklah.. Bakal Wong Kar Wai Malaysia :)

    ReplyDelete