Thursday 29 May 2014

PUBLIC SCREENING – 27/05/14 – “INI KESUDAHANNYA”.



PUBLIC SCREENING – 27/05/14 – “INI KESUDAHANNYA”.
Public Screening ini merupakan kali pertama diadakan oleh Jabatan Pengajian Media, dan kami diberikan tugas untuk menguruskan segala persiapan untuk public screening. Untuk kedua kalinya kesemua hasil video pelajar akan ditayangkan secara terbuka pada malam itu. Public Screening kali ini lebih bersifat santai. Perkara yang menjadi kebimbangan dalam kalangan kami adalah keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Hal ini kerana, dalam minggu ini keadaan cuaca sering kali mendung dan kadang kala hujan di malam hari. Alhamdulillah segala urusan majlis pada malam itu berjalan dengan lancer. Sebanyak 14 video ditayangkan secara terbuka di Amphitheatre, Alam Bina, UM. Aktiviti sebegini sangat penting untuk menunjukan kepada umum berkenaan hasil video yang dilakukan oleh pelajar jabatan pengajian Media, disamping dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar.
Apabila melihat kesemua video yang di tayangkan itu, ia memberi sedikit kepuasan kepada saya terutamanya mengingat kembali berkenaan kerja-kerja belakang tabir yang penuh dengan cabaran, dalam usaha untuk menghasilkan video tersebut. Filem pendek yang saya paling suka setakat ini adalah “Epilogue”, dimana dialog filem ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya. Yang paling saya sukakan adalah dialog permulaannya, “Jadi, ini kesudahannya?”. Kedua filem pendek Inspektor Petonah. Filem pendek ini merupakan arahan saudara Syazwan Husaini. Menariknya filem pendek ini adalah terletak pada barisan pelakon dimana hampir kesemuanya terdiri daripada rakan-rakan yang dekat dengan saya.


No comments:

Post a Comment