Monday 26 May 2014

Director Journal - Week 8,9,10,11,12


Minggu ke-8
Kumpulan kami telah mengadakan final shooting pada minggu ke-7 semasa cuti pertengahan semester. Kami berjaya menyelesaikan semua masalah yang berlaku semasa hari pengambaran berlangsung. Seterusnya, saya selaku editor telah melakukan suntingan pada minggu ke-8. Bagi memastikan suntingan berjalan dengan lancar saya telah membuat sedikit nota berkenaan setiap setiap shot yang akan  disunting. Terdapat sedikit perubahan yang dilakukan terhadap konsep iklan asal, dimana kami cuba menggurangkan penggunaan props semasa pengambaran Iklan lovelypop.

Minggu ke-9
Minggu ke-9 diteruskan dengan kuliah seperti biasa, dan kali ini kami dikehendaki menerangkan semula apa yang sudah dipelajari menerusi slide yang di kuliahkan pada sebelum ini. Secara peribadinya saya amat menyukai kaedah sebegini kerana ia bukan sahaja dapat menguji sejauhmana pelajar memahami pembelajaran tetapi melatih pelajar untuk menerangkan sesuatu dengan berkesan. Seterusnya kami membuat persediaan untuk menghadapi penilian daripada pensyarah jemputan daripada UPM untuk menilai hasil kerja kami. Kami juga akan diberi ujian oleh pensyarah kami pada minggu seterusnya. Oleh itu setiap harus memastikan mereka bersedia menghadapi ujian yang bakal berlangsung dan mempertahankan hasil kerja masing-masing.

Minggu ke-10
Kuliah minggu ini kami dikehendaki menghasilkan satu jalan cerita untuk di persembahkan pada semua pelajar. Ujian yang dimaksudkan adalah kami diberikan tugasan untuk mencipta satu jalan cerita secara ringkas dan kami di kehendaki pitching sinopsis tersebut semasa kuliah berlangsung. Ini merupakan synopsis cerita yang saya hasilkan yang diberi tajuk “let her go”.
Kisah ini mengisahkan seorang lelaki yang tidak mampu menerima kenyataan bahawa kekasihnya telah meninggal dunia, sehingga menyebabkan dia selalu berimaginasi bahawa kekasihnya itu masih lagi berada di dunia yang nyata. Permulaan cerita ini berlaku disebuah cafe, dimana lelaki tersebut datang bersama-sama dengan gadis tersebut, dan akhirnya gadis tersebut memintanya untuk tunggu seketika sementara dia beredar dikawasan tersebut. klimaks cerita ini bermula apabila salah seorang yang berada dalam cafe tersebut perasan bahawa lelaki tersebut bercakap seorang diri lalu menyapanya.
                                                                                                                                         
Minggu ke-11
Seterusnya kami dikehendaki membuat persediaan untuk menjalani  dua ujian dan kami diminta satu wakil daripada setiap kumpulan untuk menjalani ujian tersebut. ujian pertama adalah kami diminta satu wakil daripada setiap ahli kumpulan untuk menjalani ujian pertama ini. Saya mewakili kumpulan lovelypop untuk menjalani ujian yang membawa kepada 10%. Secara jujurnya saya menyukai kaedah yang digunakan oleh pensyarah kami apabila beliau melakukan ujian sebegini secara tidak langsung pelajar-pelajar akan mengingati konsep teoritikal dan aspek-aspek teknikal yang pernah dikuliahkan pada sebelum ini. Antara soalan yang ada dalam ujian tersebut:

Aspects of evaluation?
1. Narration (story, dramatic appeal, 3 act structure)
2. Sound (music, dialogue, silence, narrator, sound effects)
3. Shot (focus, frame, angle, movement, space, sets, light, color)
4. Editing (order, cuts, duration, rhythm, continuity, montage).

*Keputusan hasil ujian ini adalah kumpulan kami mendahului daripada kumpulan-kumpulan yang lain.
Seterusnya ujian kedua kami diminta untuk menghantar tiga wakil daripada setiap kumpulan dan saya telah memilih nurul shuhada, ameera, dan xiang wei untuk menjalani ujian tersebut.

Minggu ke-12
Pada minggu sebelumnya kami diberi peringatan untuk menyiapkan proses penyuntingan video masing-masing kerana pada minggu ke-12 ini video kami akan dinilai oleh pensyarah jemputan khas daripada UPM iaitu Dr. Rosya. Saya telah memilih tiga orang wakil iaitu Xiang Wei, Tan Ben Lee, dan Azrie dan saya sendiri untuk menjalani ujian tersebut. Ujian kali ini boleh dikatakan mencabar kumpulan kami. Video iklan kami mendapat banyak kritikan terutamanya aspek teknikal. Ujian ini terbahagi kepada dua slot iaitu slot pertama kami ditanya berkenaan aspek teknikal dan kemudian kami disoal berkenaan hasil kerja yang kami hasilkan iaitu iklan komersial lovelypop. Disebabkan kecuaian saya dalam aspek suntingan, perancangan jalan cerita kumpulan kami mendapat markah yang kurang memuaskan. Kelemahan yang saya perolehi pada hari ini saya akan jadikan ia sebagai peringatan untuk masa hadapan agar saya lebih peka apabila melakukan video iklan komersial dengan mengambil kira elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam sesebuah periklanan.

Minggu ke-13
Minggu ini kami di kehendaki mengadakan persiapan untuk malam tayangan pengajian media atau screening night. Malam tayangan ini akan ditayangkan keseluruhan hasil kerja pelajar yang mengambil kertas produksi perfileman di Jabatan Pengajian Media, UM.  Kali ini malam tayangan ini diadakan bertempat Armada hotel, Petaling jaya. Tema yang dibawakan pada malam tayangan adalah berkonsepkan “Vintage & Bow Tie”. Pelajar tahun pertama dikehendaki menguruskan screening night ini, kerana ini merupakan sebahagian daripada penilian berterusan untuk mereka.  Oleh itu setiap pengarah hendaklah menyiapkan suntingan video masing-masing sebelum minggu ke-12. Pada malam tersebut juga terdapat beberapa anugerah yang di pertandingkan Antara set props terbaik, suntingan tebaik, dan sinematografi terbaik.

No comments:

Post a Comment