Friday 28 February 2014

Forest Gump - Film Review

Forrest Gump
                
Filem ini merupakan daptasikan daripada novel tulisan Wistom Groom. Ini merupakan arahan dari  Robert Zemeckis, Cerita ini amat menarik, dan mampu menarik perhatian semua lapisan khalayak. Hal ini kerana genre cerita ini adalahlah komedi romatis. Penggunaan gaya penceritaan flash back amat menarik kerana ia mampu membuat penonton tertanya-tanya apakah yang akan berlaku untuk keseluruhan cerita tersebut. Watak utama adalah Tom Hanks (Forrest Gump). Menariknya cerita ini, adalah ia gaya penceritaannya. Permulaan cerita ini dimulakan oleh penceritaan oleh Forest Gump yang sedang menunggu bus dan beliau mula bercerita tentang kisah hidupnya kepada orang yang tidak dikenalinya itu. Forest Gump ini merupakan kanak-kanak kecik yang kurang upaya, yang terpaksa menggunakan alat sokongan pada kedua-dua bahagia kakinya untuk membantunya berjalan seperti kanak-kanak normal yang lain. Forest Gump ini dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Dalam keperitaan hidup untuk membesarkan anak, ibunya tidak sesekali malu untuk menjaga Forest Gump walaupun kadang-kalanya sering di pandang serong oleh orang lain.  
     
Forrest Gump ini merupakan seorang kanak-kanak yang dikurnaikan  IQ purata di bawah 75 tahun, beliau mempunyai watak monumental dan menunjukkan kesetiaan kepada orang yang disayangi dan tugas, sifat-sifat watak yang membawa beliau ke dalam pelbagai situasi yang mengubah hidup. Kisah hidupnya sungguh menyayat hati kerana disebabkan fizikalnya beliau dibuli oleh kanak-kanak nakal yang lain. Beliau telah berjumpa dengan seorang gadis yang baik hati iaitu jenny. Jenny ini dibesarkan dalam keadaan yang haru biru, kerana bapanya seorang kaki minum, dan kaki pukul. Di sebabkan itu jenny menjadi seorang gadis yang liar, dan mahukan kebebasan. Jenny mula berkawan rapat dengan Forest Gump, dia tidak mempedulikan tentang keadaan fizikal Forest Gump malah dia selesa berkawan dengannya. Hinggaplah forest gump jatuh hati pada jenny, akan tetapi cintanya itu tidak terbalas dan jenny menghilangkan diri darinya. Sejurus lulus persekolahan, forest gump telah menyertai ketenteraan. Beliau di hantarkan bertugas di vietam untuk menghadapi peperangan yang berlangsung di sekitar vietam.

               

Forest gump ini mempunyai kemampuan untuk berlari dengan pantas, disebabkan keistimewaan itu beliau di anugerahkan  Medali Kehormatan Kongres, kerana telah menyelamatkan beberapa anggota tentera yang cedera semasa perang berlangsung. Forest juga mempunyai bakat dalam dunia permainan ping pong, sehingga menjadikannya terkenal kerana bakat yang dimilikinya itu.  

Forrest Gump

Filem ini sangat menarik kerana banyak menggunakan kesan-kesan khas. Sebagai contohnya, yang paling ketara dapat dilihat menerusi babak semasa serang balas daripada tentera vietnam yang telah menghempaskan bom kearah tentera amerika ketika forest gump berlari menyelamatkan rakan sepasukanya itu. Forest gump ini mempunyai kawan rapat semasa menyertai ketenteraan iaitu Bubba. Bubba cuba menyakinkan forest gump untuk menceburi diri dalam dunia perniagaan udang. Bubba telah meninggal dunia semasa menyertai peperangan di vietnam itu. Atas dasar tanggunjawab forest melibatkan diri dalam dunia perniagaan udang kerana telah berjanji kepada Bubba untuk bekerjasama dengannya. Forest gump menjadi seorang nelayan yang berjaya dengan bantuan bekas komandernya  yang mengalami kecacatan kaki kesan daripada perang di vietnam. Walaupun pada mulanya usahanya selalu gagal, forest gump tidak sesekali mengalah dan terus berusaha untuk menjadikannya seorang pengusaha yang berjaya.  Forest gump juga menggunakan keutungannya yang diperolehi itu dengan memberi wang kepada keluarga bubba dan menjadikan mereka kaya.




Perjalanan cerita Forest Gump ini  tidak berhenti disitu, kerana beliau cuba mencari Jenny telah hilang dari dirinya. Forest Gump telah bertemu kembali Jenny di suatu majlis demonstrasi anti perang di Washington, DC. Mereka berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama yang sama dengan beliau iaitu forest gump. Menariknya cerita ini adalah setting ceritanya itu. Untuk menghidupkan suasana cerita agar ia betul-betul hidup dalam sesuatu babak elemen setting perlu di beri perhatian. Sebagai contohnya cerita forest gump ini banyak menggunakan teknik penceritaan flash back, oleh itu pengguna warna serta elemen seperti pakaian haruslah bersesuaian dengan pemaparan zaman yang cuba di paparkan. Antara contohnya, dapat diperhalusi menerusi babak sewaktu zaman kanak-kanak forest gump dan berubah kepada zaman beliau meningkat dewasa. Penggunaan elemen warna telah menyebabkan cerita ini menarik kerana membolehkan penonton memahami perubahan zaman yang cuba di sampaikan..

.

Banyak mesej yang dapat diperolehi daripada filem ini, antaranya tiada alasan untuk seseorang menjadi malas berusaha. Watak forest gump merupakan seorang kanak-kanak yang kurang upaya, disebabkan perwatakkannya yang rajin berusaha menjadikanya seorang yang terkenal dan berjaya. Disamping mempunyai mesej yang baik, Filem ini juga banyak menerima anugerah antaranya anugerah 1995 BAFTA Film Awards, American Society of Cinematographers, 1995 American Cinema Editors, Outstanding Achievement in Special Visual Effects dan lain-lain. Filem ini patut mendapat pujian yang baik, kerana filem ini mempunyai mesej yang kuat untuk dijadikan teladan kepada semua orang. 


4 comments:

  1. Saya tertarik dengan penulisan awak. Hebat dan awak seorang pemerhati yang bagus. Tahniah!

    ReplyDelete
  2. terima kasih syaz.. sy masih baru dalam penulisan blog ini.. mohon tunjuk ajar ye (mata ke atas tangan ke bahu)

    ReplyDelete
  3. wow. panjang sungguh ulasan anda. menarik dan mengujakan.

    ReplyDelete
  4. sy budak baru belajar, ada salah sila tunjukkan. haha

    ReplyDelete